SEBUT sahaja Kuala Perlis, ramai yang terbayangkan aroma dan keenakan rasa ikan bakarnya.
Bagi yang pernah menikmati hidangan ini, anda pasti tertanya-tanya rempah ratus apa yang digunakan untuk memerap ikan kerana bahagian isi kekal lembut walaupun kulit rangup dibakar.
Malah, rasanya juga tidak sama dengan rempah perapan yang digunakan di restoran-restoran ikan bakar lain.
Anda yang tidak berpeluang untuk ke utara tanah air, bolehlah mencuba resipi daripada Facebook Eny Abdullah ini.
Bahan-bahan:
Perapan
1/4 ketul butter
1/2 kotak santan
2 1/2 sudu besar gula
1 1/2 sudu kecil garam
Kunyit
Serbuk perasa
Air asam
2 biji tomato potong dadu
1 biji bawang besar potong dadu
Cili merah
Cili padi
1 inci belacan
Air asam jawa atau 2 sudu besar pes asam jawa
Isi kekal lembut walaupun kulit rangup dibakar.
Cara penyediaan ikan bakar:
1. Campur kesemua bahan di dalam kuali.
2. Kacau sehingga sebati dan biarkan masak sehingga mendidih.
3. Apabila masak, biarkan sejuk seketika.
4. Kemudian sapu dan ratakan pada ikan untuk diperap. Tak perlu lama.
5. Ikan siap sedia dibakar.
Cara penyediaan air asam:
1. Bagi air asam pula, kisar kasar cili merah, cili padi dan belacan.
2. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk bersama tomato dan bawang besar.
3. Masukkan pes asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
4. Gaul sebati semua bahan.
Tip: Sapukan juga bahan perap ke dalam perut ikan
Bagi yang bakar dalam oven guna suhu 175 hingga 180 darjah selsius selama 20 minit.