PENYANYI Kucaimars mengakui kerjayanya dalam bidang nyanyian sedikit malap selepas selepas menyertai program realiti Big Stage musim kedua tahun lalu.
Kata Kucaimars atau nama sebenarnya Amirul Husyairi Nani, 23, tumpuan terhadap penghasilan single kedua membuatkan dia kurang menonjol atau menghadiri program hiburan.
“Sebenarnya saya ambil keputusan untuk berehat seketika selepas menyertai Big Stage kerana ingin memberi fokus kepada penghasilan single ketiga dan sesi promosi single Khayalan.
“Bercerita tentang Khayalan pula, ia merupakan single yang dihasilkan berdasarkan kisah benar kehidupan saya yang kerap bermimpi mengenai seorang gadis. Lebih mengujakan gadis tersebut mempunyai wajah iras Nora Danish,” seloroh Kucaimars.