PELAWAK Achey Bocey tidak menyangka lagu cover nyanyian anaknya Nur Tiara Zinnirah berjudul Ketipak Ketipung Raya menjadi tular di media sosial.
Terkejut melihat respon baik diterima daripada penyanyi asal, Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 37, berkata dia terbuka sekiranya ada peluang anaknya untuk berduet bersama Aisha Retno dan Aziz Harun untuk lagu tersebut.
“Tiara ni karakternya adalah spontan jadi apa yang anda lihat tu sebenarnya dia sudah buat kemudian baru rakam kembali macam menyanyi tu, jadi bila saya rasa itu komedi maka setiap momen tu saya rakam untuk kenangan.
“Tak sangka pula lagu nyanyian Tiara tu boleh jadi tular sebab mulanya rakam macam biasa saja dan ambil part by part lepas camtumkan mengikut kesesuaian tempo lagu tu tapi wahh lain macam ya sambutan dan terfikir bagus juga dapat masukkan di YouTube.
“Aishah Retno dan Aziz Harun walaupun muda tapi saya hormat sebagai penyanyi hebat, jadi bila anak saya nyanyi jadi risau takut merosakkan lagu pula nanti tapi bila Aisha komen maksudnya dia okay la dengan cover tiara ni,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI