suria

Terbantut niat Abe Wee nak bantu peniaga bazar, sedih akaun TikTok hampir sejuta pengikut hilang

PERSONALITI media sosial Abe Wee meluahkan rasa kecewa apabila akaun rasmi TikTok miliknya yang memiliki jumlah pengikut 700,000, kini sudah disekat buat selama-lamanya.

Terkejut mengetahui perkara itu, Wee atau Wee Chuan Chin, berkata dia menyedari akaun berkenaan sudah tidak boleh diakses sejak awal bulan.

Kehilangan akaun itu cukup memberikan kesan kerana niatnya untuk membantu peniaga kecil di bazar Ramadan juga tidak kesampaian.

“Saya sedar akaun mula disekat pada hari kedua puasa, menyedihkan sebab saya sudah susun atur nak hasilkan content contohnya nak sokong peniaga bazar Ramadan secara percuma.

“Saya nak review gerai-gerai pakcik atau makcik yang meniaga tepi jalan... Tapi pelik sebab akaun saya tak ada unsur negatif atau ke arah kejahatan, jadi kenapa saya kena sekat.

Sementara itu, Abe Wee bersyukur walaupun akaunnya disekat namun dia masih menerima sokongan dalam kalangan netizen.

Malah akaun baharu yang dibuat juga kini sudah memiliki 300,000, jumlah pengikut.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi