suria

[V] Beego bagi jambangan bunga pujuk Linda Hashim, tolak dakwaan kasari isteri sendiri

PELAKON Beego menyangkal dakwaan melakukan keganasan rumah tangga terhadap Linda Hashim sehingga menjadi punca isterinya memfailkan cerai.

Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, bagaimanapun mengakui terdapat beberapa insiden kecil yang berlaku di antara mereka namun menganggap ia perkara biasa dilalui pasangan suami isteri.

"Saya pernah beri komen sebelum ini, ingin saya jelaskan keganasan rumah tangga tidak berlaku.

"Cuma kalau ada pun mungkin insiden kecil dan itu perkara biasa," katanya kepada mStar.

Beego sebelum ini sudah cuba untuk memujuk Linda namun tidak berhasil.

Beego berkongsi perkara itu ketika ditemui sejurus prosiding cerai dia dan Beego di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam pada itu, Beego memberitahu sudah cuba sedaya upaya usaha menyelamatkan rumah tangganya dengan Linda. 

Jelas aktor itu, dia juga ada memujuk dengan memberi jambangan bunga buat Linda sebagai inisiatif memikat kembali hatinya.

"Pelbagai usaha sudah saya lalukan untuk selamatkan rumah tangga, usaha itu dibuat sejak dia keluar daripada rumah kelamin kami. Cuma dia keras (degil) sikit.

ARTIKEL BERKAITAN: Beego enggan cerai, minta Linda Hashim balik ke rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi peluang buat Beego! Linda Hashim nekad mahu cerai

"Antara usahanya saya mesej dia melalui telefon, jumpa mak ayahnya, bagi dia bunga dan hantar bunga dalam kereta," jelasnya.

Awal Januari lalu, Linda memfailkan cerai terhadap Beego dengan alasan mereka sudah tiada persefahaman.

Bagaimanapun Hakim syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat memerintahkan pasangan ini melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) sebagai langkah menyelesaikan kemelut perkahwinan mereka.

Kes penceraian pasangan tersebut akan disebut semula pada 23 April depan.

Linda tetap nekad untuk bercerai. 

Untuk rekod, pada 27 Mac 2023, pasangan ini bercerai talak satu sebelum sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023.

Linda turut mendedahkan mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia yang kini berusia enam tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain