SELEPAS pemergian suami pada tahun 2023, penyanyi Ieda Zikir mengakui masih belum mampu untuk memasak hidangan rendang sebagai juadah hari raya.
Ieda yang juga kakak kepada penyanyi Shiha Zikir juga memberitahu pada pagi raya dia akan meletakkan baju Melayu yang dibeli arwah suaminya iaitu Majed Salleh bagi melepaskan rindu.
“Ini tahun kedua saya beraya tanpa suami. Apabila saya seorang ini tanpa dia, memang bukan satu benda yang mudah untuk saya.
“Dia paling suka waktu raya adalah rendang dan nasi impit. Jadi, sehingga sekarang saya tidak boleh nak masak rendang lagi. Kalau nak masak juga, kena ada ibu saya.
“Sebelum ini dia ada beli baju raya warna hitam yang tidak sempat untuk dipakai. Saya masih simpan sampai sekarang dan kalau waktu pagi raya, saya akan letak dekat depan ibaratnya seperti dia ada,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI