AKSI spontan pelakon Fasha Sandha memeluk suami adik perempuannya iaitu Elisya Sandha mendapat kritikan hebat netizen.
Ramai berpendapat tindakan Fasha memeluk adik iparnya iaitu Uzair Haqimy tidak sepatutnya berlaku memandangkan imejnya kini sudah berhijab selain ia dilarang dalam agama Islam.
Mengakui kekurangan dan kelemahan diri, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 41, menjelaskan tindakan itu spontan apatah lagi hubungannya dengan Uzair memang rapat.
"Saya kenal Uzair sejak sekolah lagi. Jadi sudah terbiasa. Kalau nak cakap soal hukum agama, saya bukan orangnya. Itu kena tanya ustaz atau ustazah.
"Saya pun tak pernah cakap saya sudah berhijrah atau sempurna.
"Masih banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki dalam hidup," katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI