suria

Kes dah selesai, Aqo Imran reda dan mengaku salah

JURUGAMBAR Muhammad Imran Khairil yang sebelum ini bertindak memukul dua pereka fesyen di sebuah acara di Petaling Jaya sudah pun menghalalkan hutang sebanyak RM20,000 yang dibuat Razman dan Razmi. 

Enggan isu tersebut berlarutan, Imran atau lebih dikenali sebagai Aqo Imran juga sudah pun mengaku bersalah terhadap keganasan yang dilakukannya itu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor. 

“Alhamdulillah kes sudah selesai. Saya juga sudah mengaku bersalah dan sudah tutup kes lah. Saya akui ia merupakan kesalahan daripada pihak saya. 

“Sekarang ini, sejak kes itu berlaku. Saya sudah jadi malas (minta hutang) dan reda dengan benda itu. Saya pun halalkan sahaja hutang mereka kepada saya. Bukan kerana nak kata saya baik hati, tetapi saya sudah malas. 

“Dalam hidup ini, saya hanya mahukan ketenangan. Jadinya, kalau itu yang mereka mahukan, jadi saya halalkan hutang tersebut,” katanya kepada mStar. 

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi