suria

Sophia Albarakbah sedia berkahwin, keluarga pun dah restu sayang bakal suami

BAKAL memasuki usia 32 tahun, pelakon Sophia Albarakbah memberitahu dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan yang sudah dikenali sejak 2011 lagi. 

Sudah mendapat restu keluarga, Sophia atau Sharifah Sophia Syed Abd. Rahman bagaimanapun memberitahu mereka kini sedang dalam fasa mengenali antara satu sama lain.  

“Kalau cakap mengenai mahu berkahwin, saya memang sudah bersedia. Umur pun makin meningkat, jadi mestilah terfikir ke arah itu. Calon sudah ada, tapi kami baru dalam fasa kenal hati budi. Kami perlahan-lahan dulu, tidak mahu terburu-buru. Saya pun mahu fokus karier. 

“Dia bukanlah orang kenamaan mahukan orang industri, tetapi yang penting dia merupakan individu yang disayangi dan juga sudah kenal lama dengan keluarga saya. Buat masa sekarang biarlah identiti dia tu dirahsiakan, paling penting adalah keluarga saya merestui dia. Kami pun dah beraya bersama,” katanya kepada mStar. 

Sophia memaklumkan perkara itu ketika Majlis Makan-Makan Raya yang dianjur olehnya bersama Aisha Retno di The Roomah Restaurant Publika, Kuala Lumpur pada Rabu. 

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi