GARA-GARA memakai baju tidak sedondon dan dilihat seperti tidak bersiap sewaktu rakaman program raya, anak kepada pelawak Achey iaitu Nur Tiara Zinnirah turut menerima kecaman netizen.
Kata Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 37, dia kecewa dengan sikap segelintir netizen yang tergamak memberikan kecaman kepada anaknya itu sehingga video program berkenaan terpaksa diturunkan.
“Tiara baru-baru kena kecam di Facebook sangat teruk sampai terpaksa diturun video yang dibuat oleh stesen televisyen untuk program raya kerana menyatakan saya dan isteri bersiap tapi anak tidak terurus serta selekeh.
“Mungkin anda tidak duduk dengan kami, Tiara ni nak menikmati zaman kanak-kanak dan saya pernah tempah baju kurung bernilai RM300 tapi dia tak pakai sebab tidak selesa.
“Tiara lebih selesa pakai baju dan pakai baju saya size m, kecewa sebab bukan saya tak nak ikut macam netizen cakap cantikkan anak untuk pergi ke majlis tapi kalau Tiara boleh pakai baju kurung itu macam bonus sebenarnya,” kata Achey kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI