suria

Kahwin 2024 tak jadi, Shiha Zikir tunggu masa sesuai

LEBIH 15 tahun bercinta, penyanyi Shiha Zikir masih lagi menunggu masa sesuai untuk mendirikan rumah tangga bersama kekasih iaitu Kamarul Arifin Baharun. 

Malah Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 38, juga menafikan dakwaan yang mengatakan dia sebenarnya sudahpun berkahwin bersama lelaki berkenaan secara senyap-senyap. 

“Bila sampai waktu, saya akan war-warkan perkahwinan saya. Saya percaya dengan takdir Allah tentang benda itu, perancangan Allah semua baik-baik sahaja. 

“Saya belum lagi mendirikan rumah tangga sebenarnya. Saya ini jenis yang bila orang tanya, saya akan jujur. Ada sahaja yang sampai ke telinga (mengatakan sudah berkahwin), tetapi saya respon secara santai sahaja.

“Saya tak terfikir pun untuk sorokkan perkahwinan kerana menjaga karier saya sebagai penyanyi,” katanya kepada mStar. 

Sebelum ini, kekasih Shiha iaitu Kamarul pernah berjanji untuk mengahwini penyanyi tersebut pada penghujung 2024. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi