suria

Luqman Podolski berubah selepas jadi penyanyi, tak tercabar kehadiran ramai ‘content creator’ baharu

KEHADIRAN ramai influencer dan TikToker sejak kebelakangan ini sedikit pun tidak memberikan kesan terhadap personaliti media sosial yang kini bergelar penyanyi iaitu Luqman Podolski.

Menyedari saingan yang ada, Luqman atau Luqmanul Haqim Kamaruddin, 27, bagaimanapun berkata dia enggan melakukan gimik murahan demi meraih populariti atau perhatian netizen.

Ini kerana dia mahu menjaga reputasinya sebagai penyanyi dan tidak mahu terpalit dengan mana-mana kontroversi.

“Tak kisah nak suka siapa sebab semuanya terpulang kepada individu tu juga untuk memilih kerana citarasa lain-lain, tak ada pula saya terasa macam perlu buat sesuatu untuk naikkan balik nama saya.

“Saya  pun bermula sebagai influencer jadi saya faham saja apa yang berlaku sebab menjadi artis dan influencer ni masing-masing ada cabaran serta halangan sendiri susah kalau nak bezakan.

“Saya pun tak kisah pun kalau ada yang lupa saya ni dulu pernah menjadi influencer sebab sekarang memang tak fokus sangat, lebih kepada karier muzik cumanya tidak lupakan terus untuk hasilkan video parodi macam dulu,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi