suria

David Teo terbuka jalin kerjasama tapi perlu kira bajet sebelum tawar Syamsul Yusof arah filem MIG

MELIHAT kejayaan Syamsul Yusof dalam penghasilan filem, penerbit David Teo memberitahu dia terbuka sekiranya diberikan peluang bekerjasama dengan pengarah itu pada masa akan datang.

Menyedari nilai dan harga Syamsul Yusof adalah tinggi, David atau Teo Chew Huat, 60, berkata buat masa ini dia memulakan langkah dengan memilih menggunakan khidmat pengarah muda untuk produksi miliknya.

“Saya selalu berikan peluang buat pengarah baharu sebab bintang dicipta bukan dilahirkan, kalau berikan peluang mereka boleh jadi hebat nanti.

“Kalau saya nak gunakan khidmat Syamsul Yusof, dia (Syamsul) sudah jadi penerbit jadi pastinya harga untuk khidmat dia ada nilai sendiri tapi saya terbuka sekiranya ada peluang kami bekerjasama.

“Mencabar juga la untuk saya melabur dan pastinya kos besar sekiranya mahukan Syamsul mengarah dalam filem saya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi