suria

Sering dilihat ke hospital, Dafi jawab dakwaan hidap kanser... Syukur badan semakin berisi

DIDAKWA sering mengunjungi hospital bagi mendapatkan rawatan, penyanyi Dafi tampil menjawab spekulasi kononnya dia kini sedang menderita penyakit kanser.

Menjelaskan perkara sebenar, Dafi atau nama sebenarnya Gaddafi Ismail Sabri, 37, memberitahu kunjungannya ke hospital itu bagi melawat ahli keluarga yang sedang sakit selain melakukan pemeriksaan kesihatan kerana mempunyai masalah asma.

“Sebelum ini saya kurus orang cakap ambil barang terlarang dan sebagainya. Dan sekarang ini, apa lagi yang mahu cakap?

“Kalau ada yang kata saya sakit, saya hanya minta doakan sahaja. Untuk sekarang ini, tiada benda yang saya mahu umumkan. Yang penting, sekarang ini saya semakin sihat dan berisi. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan.

“Saya pergi hospital itu adalah disebabkan ahli keluarga masuk ke hospital dan saya juga ada buat pemeriksaan kesihatan sebab asma. Untuk kanser darah itu, kalau ada apa-apa, saya akan maklumkan,” katanya kepada mStar.

Dafi memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa malam gala filem Martabat Misi Berdarah yang berlangsung di GSC Cinema, Mid Valley, Kuala Lumpur pada Selasa.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi