suria

Rezza Shah dah tak tahan jadi ‘alat’ bekas pengurus, dakwa terima gangguan seksual

LAMA menyimpan rahsia, penyanyi Rezza Shah akhirnya tampil mendedahkan sikap bekas pengurusnya yang disifatkan sebagai tidak profesional. 

Menurut Rezza, 23, dia bukan sahaja menjadi mangsa gangguan seksual, malah terpaksa menanggung beban hutang bekas pengurusnya yang turut menjejaskan reputasinya sebagai anak seni.

“Dia tidak profesional dalam bekerja. Dia ada ambil duit shooting dan sebagainya. Bayaran dia sorokkan. Malah, dia juga banyak berhutang dengan orang dalam industri sampaikan saya pula yang dicari,” katanya kepada mStar. 

Lebih mengejutkan, Rezza mendakwa dirinya dipeluk dan dicium ketika sedang tidur, dengan alasan kononnya dia dianggap seperti ‘anak sendiri’.

“Dia terlalu obses dengan saya. Pernah peluk dan cium pipi masa saya tidur. Dia cakap saya ini macam anak dia, tapi dalam masa yang sama, dia juga beritahu orang lain yang saya ini suami dia. Dia juga mengganggu mental saya,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi