PENYANYI luqman Faiz meluahkan rasa kesal kerana mengeluarkan kenyataan yang telah menggores hati rakan baiknya iaitu Fieya Julia.
Kata Luqman atau Luqman Abdul Halim Faiz, 25 dia tidak menyangka kenyatannya ‘dia bukan taste saya’ itu menjadi sensasi sehingga menerima kecaman netizen.
Kata Luqman, dia dan Fieya sudah bermaafan dan ingin melupakan segala salah faham yang berlaku sebelum ini.
“Untuk semua orang yang kenal saya akan tahu sebab saya memang jenis yang gurau cakap lepas, boleh tanya Haqiem Rusli memang saya gurau agak kasar.
“Tapi saya tahu gurauan tu sepatutnya dilontarkan kepada kawan-kawan saja tapi sebabkan jadi tontonan umum makin timbul pelbagai persepsi orang ramai.
“Saya mengaku pengunaan kata tu agak kurang manis dan minta maaf kepada Fieya atas apa yang berlaku, harap semua jangan salah faham,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI