suria

Simpati rumah tangga rakan artis diuji... Raja Afiq ingat susahnya nak kahwin dulu

PELAKON Raja Afiq meluahkan rasa simpati apabila melihat beberapa ramai artis terpaksa berdepan kemelut rumah tangga.

Enggan mengulas lanjut isu berkenaan, Afiq atau Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 31, bagaimanapun meminta mereka menyelesaikan konflik secara berhikmah dan matang.

“Terpulang kepada individu itu sendiri sebab kalau nak komen lebih-lebih risau, kita tak tahu apa yang akan terjadi pada kehidupan sendiri bila masa depan nanti.

“Saya memang simpati bila lihat rakan artis yang diuji macam tu sebab nak kahwin ni bukan senang… saya nak kahwin dulu memang susah kerana bapa sudah tiada jadi semuanya saya uruskan sendiri saja.

“Kalau boleh jaga la rumah tangga sebaiknya, perkara kecil tu selesaikan elok-elok,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Afiq baru saja selesai menyertai kursus asas Angkatan Pertahanan Awam (APM) Siri 1 Briged Seni Kreatif di Langkawi, Kedah yang turut disertai oleh beberapa selebriti lain iaitu pelakon Adam Shahz, Soffwany dan Adam Shadan.

Kursus menerapkan asas pertahanan awam seperti menyelamat, berkawad, pertolongan cemas, melawan kebakaran dan pengurusan bencana.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi