MAHKAMAH Majistret Kuala Lumpur menggugurkan kes personaliti media sosial Ammar Nazhan dan seorang rakannya yang didakwa terlibat dengan pergaduhan di pusat membeli-belah sekitar Bukit Bintang yang berlaku pada Februari lalu.
Bersyukur dengan perkara tersebut, Ammar atau nama sebenarnya Ammar Mohd. Nazhan Noralyadi, 29, memaklumkan usaha untuk membersihkan nama terhasil apabila dia tidak disabitkan dengan mana-mana kesalahan.
“Kes saya itu sudah pun digugurkan. Saya tidak disabitkan dengan mana-mana kesalahan, jadi saya sangat berasa lega dan Alhamdulillah,” katanya kepada mStar.
Dalam masa sama, tambah Ammar, disebabkan beberapa kejadian membabitkan dirinya tular di media sosial, dia kehilangan separuh daripada rakan baiknya.
“Sebenarnya kes ini (rakan hilang di Indonesia dan rusuhan) membuatkan saya hilang separuh rakan terdekat saya sebab masing-masing nak ambil langkah berjaga-jaga memandangkan situasi sedang panas. Tapi, saya faham dan okay sahaja,” ujarnya.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI