suria

Taufiq Hanafi akhirnya jumpa pengganti, mengaku kenal hati budi wanita bekerjaya

PELAKON Taufiq Hanafi mengakui sedang mengenali hati budi seorang wanita yang hadir dalam hidupnya baru-baru ini.

Namun begitu, Taufiq atau nama sebenarnya Mohamad Taufiq Hanafi, 34, enggan berkongsi lebih lanjut mengenai identiti wanita berkenaan dan memilih untuk merahsiakannya terlebih dahulu sehingga tiba waktu yang sesuai.

“Saya sekarang dalam fasa ketakutan contohnya kalau bercinta tetapi takut untuk berkahwin, walaupun sekarang sedang kenal hati budi seorang wanita tapi perasaan tu ada dalam diri.

“Sekarang ni saya berkawan dulu malah ketakutan ni semua saya sudah beritahu dekat dia (kekasih), alhamdulilah buat masa sekarang ni faham saya dengan keadaan kewangan yang tidak menentu syukur dia(kekasih) faham.

“Doa yang baik-baik saja untuk saya sebab terlalu awal nak cerita bila semuanya okay dan jadi baru saya akan dedahkan siapa, harapan untuk kali ini memang nak kahwin doakan saya ya,”katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi