PENYANYI Aina Abdul tidak berasa kecewa apabila lagu terbaharunya, Sesaat menerima sambutan lebih besar di Indonesia berbanding Malaysia.
Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 32, berkata dia bersyukur dan berterima kasih kerana masih mempunyai pendengar setia yang menghargai karya muziknya.
“Saya tidak kisah dari mana pendengar asalkan ada yang masih dengar karya dan muzik saya. Kita tahu yang Indonesia pun populasinya besar kan, jadi saya bersyukur sahaja.
“Saya juga tak rasa sedih dengan perkara itu malah sebaliknya bersyukur dengan apa yang saya dapat. Pendengar yang setia akan sentiasa ada. Saya juga tidak boleh nak merayu kepada satu negara (untuk dengar lagu saya),” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































