suria

Tahun cemerlang Sweet Qismina, menang dua anugerah pelakon terbaik... “Harga saya masih sama”

PELAKON Sweet Qismina menegaskan bahawa bayaran lakonannya kekal sama meskipun baru sahaja memenangi dua anugerah berprestij pada tahun ini.

Menurut Sweet, 28, soal bayaran bukanlah menjadi fokus utama, sebaliknya dia mahu meneroka lebih banyak watak baharu yang belum pernah dibawakan sebelum ini.

“Bayaran saya masih sama. Anugerah hanyalah sebagai penghargaan dan saya janji untuk perbaiki lebih baik lagi lakonan saya. Tapi, harga semuanya masih sama dan tiada perubahan.

“Alhamdulillah selepas menang ini, banyak tawaran yang datang dan saya ada kerja sehingga tahun depan. Saya harap banyak lagi watak yang saya belum buat, dapat dilakukan pada masa akan datang,” katanya kepada mStar.

Sweet memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa acara HOHO Hype-Up Augerah Bintang Popular Berita Harian pada malam Ahad.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi