KAHWIN lewat dalam kalangan wanita bukanlah isu baharu dalam masyarakat sebaliknya sudah dianggap normal dalam dunia serba moden hari ini.
Kebanyakkan mereka tidak menjadikan mencari jodoh pada usia awal 20-an sebagai keutamaan kerana lebih memikirkan tentang kerjaya dan ekonomi.
Melewat-lewatkan perkahwinan mungkin akan memberikan kebebasan buat wanita dalam menjalani kehidupan serta menguruskan kewangan sendiri namun dari sisi lain, mereka tidak dapat lari daripada persoalan dan persepsi orang sekeliling.
Bagaimanapun, seorang kaunselor perhubungan, Aiman Azlan berkata, wanita yang melewati usia 30-an tidak seharusnya bimbang kerana mereka masih boleh memulakan langkah pencarian jodoh dengan mengikuti tips berikut:
Aiman berpendapat wali lelaki perlu memainkan peranan penting.
1) Jangan cepat rasa tertekan
Wanita perlu kekal tenang dan jangan biarkan tekanan menyelubungi diri sehingga membuat keputusan yang salah dalam memilih pasangan hidup.
2) Wali perlu main peranan
Ahli keluarga lelaki seperti bapa, abang dan adik lelaki sepatutnya membantu wanita mencari jodoh.
Pertolongan mereka penting memandangkan keadaan wanita mungkin sedikit terbatas untuk berkenalan dengan lelaki yang berpotensi dijadikan suami.
3) Kehidupan sosial
Andai kata ahli keluarga lelaki kurang berperanan, maka wanita boleh melakukan beberapa tindakan sendiri misalnya bersosial secara langsung untuk berkenalan dengan orang baharu.
Selain itu, pastikan lingkungan rakan-rakan juga boleh membantu wanita mencari jodoh dan menjadi insan yang lebih baik.