MUSIM lebaran Aidilfitri pastinya meriah dengan kunjungan sanak saudara.
Di sebalik keseronokan meraikan Syawal, penyakit pun mudah mendekati terutama golongan kanak-kanak dan warga emas.
Anda yang mempunyai anak kecil pasti berasa takut jika si kecil dijangkiti penyakit walaupun sekadar selesema.
Usah khuatir dan hadkan sambutan lebaran, apa kata anda ikuti petua melegakan selesema kanak-kanak seperti yang dikongsikan Lydia Henrie di laman TikTok miliknya.
Bukan sahaja selesema hilang, anak anda akan menikmati waktu tidur yang berkualiti.
Kaedah yang dilakukan suami Lydia kepada anak mereka.
Bahan-bahan
1 inci halia
Cara merawat
1. Basuh bersih halia.
2. Kunyah halia sehingga hancur.
3. Kemudian hembuskan nafas ke dalam telinga kiri dan kanan serta ubun-ubun anak anda,
Tip: Anak mungkin berasa sedikit panas dan tidak selesa. Jika simptom semakin buruk, anda dinasihatkan membawa anak untuk mendapatkan rawatan perubatan.