MELIHATKAN rendang dan ketupat di atas meja di samping pelbagai juadah istimewa lain membuatkan sesiapa sahaja tidak mampu menahan selera ketika sambutan Aidilfitri.
Maka tidak hairanlah apabila ada yang mengalami kenaikan berat badan secara tiba-tiba.
Anda yang berhadapan situasi seperti itu apa kata amalkan pengambilan nanas seperti saranan pegawai perubatan yang juga pakar kesihatan wanita, Dr Rahaina Ismail.
“Amalkan makan nanas, selepas 24 jam perut akan rasa ringan dan lawas.
“Bromalaine dalam nanas ibarat pembersih perut, ia pecahkan sisa makanan dan bantu penghadaman,” jelasnya.
Nanas yang dimakan dalam tempoh 14 hari akan memberikan kesan kesihatan yang baik. -Gambar hiasan
Bukan sahaja membantu turunkan berat badan dalam tempoh seminggu, nanas yang dijadikan kudapan harian selama 14 hari ini juga akan membantu anda memiliki kulit yang glowing dan anjal.
“Hari kedua, muka akan jadi flawless dari dalam… vitamin C yang tinggi merangsang kolagen seterusnya menjadikan kulit makin segar dan tak kusam.
“Hari ketiga tenaga naik mendadak. Gula semula jadi dalam nanas boost tenaga bagi elak lemau,” katanya sambil menambah kesan jelas kelihatan pada hari keempat hingga ketujuh.
Amalan ini juga dapat mengatasi masalah sakit lutut yang sering dialami sesetengah individu.
“Bermula hari kelapan, sakit sendi akan berkurang, bromalaine ada sifat anti radang. Mereka yang sakit lutut akan rasa perubahan.
“Tidur akan lebih lena, serotonim meningkat. Stres akan berkurang dan tidur lebih berkualiti.
“Hari ke-14 pula badan akan rasa lebih kuat, jarang kena selesema dan batuk. Sistem pertahanan badan upgrade,” tambahnya.