suria

Majoriti suami mampu bertahan 3 minit... Doktor dedah punca utama berlaku kes ‘tewas’ awal

Hubungan seskual dapat mengeratkan hubungan suami isteri. -Gambar hiasan

AKTIVITI seksual merupakan salah satu cara untuk mengeratkan hubungan antara pasangan suami isteri malah menjadi nafkah wajib dalam Islam.

Menerusi aktiviti ini, masing-masing akan cuba memberi kepuasan kepada pasangan selagi mana tidak memudaratkan atau bertentangan dengan syariat.

Namun segelintir lelaki mengalami masalah ejakulasi dan cenderung untuk 'tewas' awal seterusnya mengecewakan si isteri.

Memperjelaskan mengenai situasi tersebut, pakar perubatan, Dr Raihana Ismail berkata, majoriti lelaki mampu 'bertahan' selama tiga minit.

"Rata-rata lelaki bertahan antara dua hingga tiga minit semasa penatrasi dan ia dalam kategori normal secara klinikal.

"Tetapi jika bawah satu minit secara konsisten, itu dipanggil ejakulasi pramatang," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata keadaan itu boleh diatasi jika mendapatkan rawatan dan melakukan senaman yang betul.

Ini tiga sebab saintifik yang menjadi punca ejakulasi hanya tiga minit.

1. Terlalu sensitif dan over-excited

Semasa bersama, otak dan saraf dalam badan seseorang akan aktif terlalu cepat terutama mereka yang jarang melakukan hubungan seksual.

Malah apabila terlalu teruja, otak tidak sempat meregulasi respons, akhirnya rasa ejakulasi menjadi cepat sampai ke kemuncak.

2. Kawalan otot dan pernafasan yang lemah

Otot pelvis dan otot kegel menjadi lemah serta susah dikawal apabila seseorang lelaki mencapai klimaks.

Keadaan lebih meruncing apabila pernafasan menjadi laju dan panik seterusnya menyebabkan ejakulasi menjadi susah dikawal sehingga akhirnya sukar memberi kepuasan kepada pasangan.

Oleh itu, teknik pernafasan dan kawalan otot penting untuk para suami bertahan lama.

3. Stres takut tidak 'perform'

Apabila lelaki terlalu fikir sama ada diri sendiri boleh memberi kepuasan kepada pasangan, otak akan menjadi stres.

Ia menyebabkan kortisol dan hormon stres meningkat sehingga mengganggu kawalan badan.

 

Artikel Lain