suria

Patutlah sakit kepala dan demam tak hilang, rupanya salah cara makan ubat… Nasib baik doktor ajar, sekejap je lega!

Cara pengambilan ubat yang betul dapat membantu memberi kelegaan dengan cepat. -Gambar hiasan

MESTI ramai yang pernah alami situasi demam panas dan sakit kepala tidak lega meskipun selepas mengambil ubat-ubatan.

Bahkan, ada yang beranggapan mengambil dos panadol yang tinggi dapat membantu memberi kelegaan dengan cepat berbanding penggunaan paracetamol biasa.

Justeru, pelayar Facebook dikenali sebagai Zam Sani berkongsi informasi yang diperoleh daripada seorang doktor tentang cara pengambilan paracetamol bagi menghilangkan demam dan sakit kepala dengan pantas.

Malah katanya, tip yang dikongsikan itu sememangnya berkesan selepas dia mencubanya sendiri.

"Doktor pesan, kalau nak cepat baik sakit kepala, tak payah tunggu Activfast, ambil je paracetamol biasa… tapi belah empat dan terus telan bersama air.

"Tak sampai lima minit, sakit kepala aku reda,” katanya sambil berkongsi penjelasan yang diberikan doktor terbabit.

1. Luas permukaan bertambah apabila ubat dibelah kecil-kecil.

2. Saiz yang kecil membuatkan ubat lebih cepat larut dalam perut.

3. Apabila larut cepat, dia akan menyerap dengan cepat dan seterusnya melegakan rasa sakit kepala yang dialami.

Artikel Lain