SERONOKNYA tengok bayi atau si cilik kembar!
Selain keletah comel yang menghiburkan, kelibat pasangan kembar pasti mencuri tumpuan sesiapa sahaja lebih-lebih lagi apabila mengenakan pakaian sedondon.
Maka tidak hairanlah kebanyakan pasangan mengimpikan untuk memiliki anak kembar sebagai satu anugerah istimewa dalam keluarga.
ARTIKEL BERKAITAN: Doktor beri 5 kesan jika faraj terlalu lama ‘tidur’, wanita perlu ambil serius
ARTIKEL BERKAITAN: Majoriti suami mampu bertahan 3 minit... Doktor dedah punca utama berlaku kes ‘tewas’ awal
Namun begitu, ramai beranggapan bahawa pasangan suami isteri yang tidak mempunyai keturunan kembar, tidak berpeluang untuk menimang anak kembar.
Tanggapan sedemikian tidak benar sama sekali ya!
Menurut seorang pakar perubatan, Dr Raihana Ismail, pasangan yang tidak mempunyai sejarah atau keturunan kembar masih mempunyai harapan menimang cahaya mata kembar.
Ubi dikatakan dapat membantu kesuburan wanita. -Gambar hiasan
"Memang betul genetik main peranan besar, especially kalau belah ibu ada kembar, lagi tinggi chance.
"Tapi kalau tak ada pun, ada beberapa cara ikhtiar yang boleh bantu tingkatkan kemungkinan," kongsinya.
Berikut merupakan beberapa ikhtiar yang dikongsikan oleh Dr Raihana:
1) Pemakanan
- Amalkan makanan yang membantu kesuburan seperti ubi, susu penuh krim, sayur hijau dan protein. Boleh juga pertimbangkan supplement yang menyokong hormon subur seperti asid folik dan inositol
Wanita hamil perlu menjaga pemakanan dan kesihatan untuk memastikan perkembangan bayi berjalan lancar. -Gambar hiasan
2) Umur
- Wanita berusia 30-an ke atas kadang-kadang lebih cenderung menghasilkan lebih daripada satu telur masa ovulasi. Kalau ada rezeki, dua-dua telur 'lekat' maka ada peluang untuk hamil kembar. Tapi ingat, berat badan juga memainkan peranan. Disarankan jangan terlalu kurus atau terlebih berat badan kerana ia akan mengganggu hormon.
Pasti perkongsian ini membuahkan semangat buat pasangan yang sememangnya memasang impian memiliki cahaya mata kembar.
Tak salah pun pasang angan-angan sambil mencuba... mana tahu rezeki kan? Selamat berikhtiar!