suria

Pasangan muda mengadu tak puas tiap kali bersama, lepas ‘siasat’ doktor jumpa punca… Rupanya suami ada sisi gelap!

Pasangan yang menghadapi masalah berkaitan hubungan seksual disarankan untuk mendapatkan rawatan lebih awal. -Gambar hiasan

DALAM sesebuah perkahwinan, hubungan seksual bukan sekadar keperluan fizikal, sebaliknya ia adalah sebahagian daripada keintiman emosi serta cerminan kasih sayang antara pasangan.

Namun tidak dinafikan, wujud kes di mana ada antara mereka sukar mencapai kepuasan dalam hubungan seksual biarpun tempoh perkahwinan baharu 'setahun jagung'.

Lebih memburukkan situasi, ada yang mengambil jalan 'pintas' iaitu beronani untuk memuaskan diri sendiri.

Demikian dengan kisah satu pasangan muda yang dikongsikan oleh seorang doktor kesihatan lelaki, Dr Ahmad Samhan.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor kongsi 4 pantang larang kalau mahu cepat hamil, tak perlu pun ‘bersama’ setiap hari

Selepas diselidik, masalah yang dialami si suami rupa-rupanya berpunca daripada tabiat lama yang suka melakukan onani.

"Dia dulu kuat onani. Hari-hari. Kadang dua hingga tiga kali. Mula sejak sekolah menengah, sampailah masuk universiti. Apabila kahwin, dia fikir semuanya akan okay, rupanya onani tu tinggalkan kesan. Nama sindrom ni Death Grip Syndrome," kongsinya. 

Onani berlebihan boleh memberi kesan kepada sistem rangsangan zakar yang akhirnya menjejaskan hubungan seksual bersama pasangan. -Gambar hiasan

Apa itu Death Grip Syndrome?

Fenomena ini merujuk kepada keadaan di mana seseorang lebih mudah mencapai orgasme melalui tabiat beronani, namun apabila bersama pasangan mereka menghadapi kesukaran untuk mencapai ejakulasi.

"Apabila dah terbiasa dengan 'cengkaman' tangan sendiri, zakar tak boleh adapt dengan faraj isteri. Tak cukup ketat. Tak cukup laju. Tak cukup rangsangan.

"Hasilnya? Dah sejam bersama… tak pancut. Isteri penat. Suami stres. Akhirnya guna tangan sendiri. Baru keluar. Ini bukan kes terpencil. Ramai lelaki muda datang dengan masalah sama," kongsinya lagi yang juga merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif HIM Wellness Sdn. Bhd.

Kesan buruk:

- Sukar klimaks semasa melakukan hubungan seks

- Hilang sensitiviti zakar

- Ketagihan beronani

- Gangguan fungsi seksual

"Onani yang berlebihan boleh rosakkan saraf dan sistem rangsangan zakar. Kena rawat awal. Boleh pulih. Tapi kena tahu tekniknya.

"Jangan tunggu sampai isteri mula kecewa. Jangan tunggu sampai hilang rasa jadi lelaki," ujarnya lagi.

Artikel Lain