BETUL atau tidak, ramai dalam kalangan anda biasa melakukan perkara ini, iaitu kencing ketika sedang mandi.
Bagaimanapun, kenyataan daripada seorang pakar perubatan ini pasti membuatkan anda tersentak.
Pakar uroginekologi dari Amerika Syarikat, Dr Teresa Irwin memberi amaran bahawa tabiat membuang air kecil semasa mandi boleh membawa kesan kesihatan jangka panjang, terutamanya kepada wanita.
ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan muda mengadu tak puas tiap kali bersama, lepas ‘siasat’ doktor jumpa punca… Rupanya suami ada sisi gelap!
Antara risiko yang dibangkitkan termasuk masalah kawalan kencing (inkontinensia), jangkitan saluran kencing (UTI), dan dalam kes tertentu, kerosakan buah pinggang.
Menurutnya, tabiat kencing ketika mandi boleh melatih otak untuk mengaitkan bunyi air mengalir dengan keinginan untuk kencing.
Beliau menyamakan keadaan ini dengan teori 'anjing Pavlov' iaitu satu eksperimen yang dilakukan oleh ahli fisiologi Rusia, di mana bunyi tertentu mencetuskan tindak balas automatik.
Tabiat kencing sewaktu berdiri mengundang risiko, antaranya batu karang. -Gambar hiasan
"Setiap kali dengar bunyi air sama ada ketika mandi, mencuci tangan, atau membasuh pinggan, pundi kencing anda mungkin akan memberi isyarat mahu kencing," katanya.
Tabiat ini, jika berterusan boleh mengganggu kawalan pundi kencing dan menyebabkan individu kerap terasa mahu ke tandas walaupun tanpa keperluan sebenar.
Tambahnya, kesan daripada tabiat ini boleh menjadi lebih serius kepada golongan wanita kerana anatomi tubuh yang berbeza.
Tidak seperti lelaki yang mendapat sokongan daripada prostat ketika berdiri, wanita yang kencing dalam posisi berdiri semasa mandi memberi tekanan tambahan kepada otot lantai pelvis.
Ini boleh menyebabkan pundi kencing gagal mengosong sepenuhnya, lalu meningkatkan risiko pengekalan air kencing dan jangkitan.
Ahli terapi, Dr Alicia Jeffrey-Thomas, turut menegaskan bahawa wanita tidak 'diciptakan' untuk kencing dalam keadaan berdiri kerana lantai pelvis tidak akan berehat sepenuhnya, menyukarkan proses pembuangan air kecil.
Selain itu, pakar juga memberi amaran bahawa air kencing yang terkena pada luka terbuka di bahagian bawah badan boleh menyebabkan jangkitan kulit, walaupun risiko ini dianggap rendah kerana air mandian biasanya akan membilasnya.