suria

Usah obses mahu ‘body’ cantik, kajian dedah ahli bina badan profesional berisiko mati mengejut akibat serangan jantung

Ahli bina badan sering menjalani latihan fizikal yang intensif dan mengamalkan diet yang ketat bagi membina otot dan kekuatan tubuh badan. -Gambar hiasan

KEMATIAN mengejut akibat masalah jantung kini dikenal pasti sebagai penyebab utama kematian dalam kalangan ahli bina badan lelaki di seluruh dunia, khususnya di peringkat profesional.

Dapatan tersebut dikeluarkan menerusi kajian yang diketuai Dr Marco Vecchiato dari Universiti Padova, Itali dan diterbitkan dalam European Heart Journal.

Kematian jantung mengejut merujuk kepada kematian secara tiba-tiba dan tanpa dijangka akibat masalah pada jantung.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan suka marah-marah... Boleh tingkatkan risiko penyakit jantung!

Kajian tersebut melibatkan 20,286 ahli bina badan lelaki yang pernah bertanding dalam kejohanan Persekutuan Bina Badan dan Kecergasan Antarabangsa (IFBB) antara tahun 2005 hingga 2020.

Mid-adult man clutching his chest in pain with a possible heart attack.He wears a blue, button down dress shirt.Heart disease.Hasil kajian tersebut mendedahkan risiko kematian mengejut akibat jantung adalah lima kali ganda lebih tinggi dalam kalangan atlet profesional. -Gambar hiasan

Data diambil daripada rekod rasmi dan pangkalan data tidak rasmi dalam talian.

Mereka kemudian mencari laporan kematian atlet ini dalam lima bahasa melalui pelbagai sumber seperti media rasmi, media sosial, forum bina badan dan blog.

Setiap kematian disahkan melalui pelbagai sumber dan diteliti oleh dua pakar klinikal bagi menentukan punca sebenar kematian.

Hasilnya, sebanyak 121 kematian dikenal pasti dengan usia purata kematian pada 45 tahun.

Kematian mengejut akibat jantung menyumbang 38 peratus daripada jumlah tersebut.

Lebih mengejutkan, risiko kematian mengejut akibat jantung adalah lima kali ganda lebih tinggi dalam kalangan atlet profesional berbanding amatur.

Dalam beberapa laporan bedah siasat yang tersedia, penyelidik mendapati jantung mereka menjadi lebih tebal atau membesar dengan ada juga yang menunjukkan tanda-tanda penyakit arteri koronari.

Former All-Amercian body builder Tom Huey, now 78, still works out four days each week at Fitness 19 in Concord, California. On his last birthday, Huey did 101 pull-ups in 30 minutes. (Dan Rosenstrauch/Contra Costa Times/MCT)Kita disarankan untuk mengamalkan senaman mengikut kemampuan masing-masing. -Gambar hiasan

"Bina badan melibatkan latihan kekuatan ekstrem, penurunan berat badan mendadak melalui diet ketat dan dehidrasi, serta penggunaan bahan peningkat prestasi.

"Semua ini memberi tekanan besar kepada sistem kardiovaskular dan boleh menyebabkan perubahan struktur jantung," ujar Dr Vecchiato.

Atlet profesional didapati lebih terdedah kepada risiko ini kerana mereka berlatih lebih intensif dan dalam tempoh yang lebih lama, selain tekanan untuk mencapai bentuk badan yang ekstrem.

"Mesej kepada ahli bina badan jelas, mengejar kecemerlangan fizikal memang baik, tetapi obsesi terhadap bentuk badan yang ekstrem boleh membawa risiko kesihatan yang serius, khususnya terhadap jantung," ujarnya lagi.

Artikel Lain