suria

Rupanya durian kampung pilihan lebih sihat berbanding Musang King, Tekka... Anda pasti terkejut jika tahu jumlah kalori seulas

Durian digemari kerana mempunyai rasa serta aroma yang unik -Gambar hiasan AI

MUSIM durian sudah kembali dan pastinya ramai tidak sabar nak melepaskan 'rindu' dengan raja buah ini.

Tapi sebelum anda leka menikmati kenikmatan isi durian yang manis berlemak itu, ketahui fakta penting tentang kalori bagi setiap ulas buah ini.

Sebenarnya, seulas durian boleh menyamai kalori (kcal) satu mangkuk nasi putih kecil kerana kandungan gulanya juga tinggi.

Berikut merupakan fakta yang mengejutkan tentang kalori dan gula dalam seulas durian mengikut jenis seperti dikongsikan Public Health Malaysia.

1. Kradum (Thailand)– 74 kcal bersamaan dua setengah sudu teh gula

2. Manthong– 67 kcal

3. Tekka– 66 kcal

4. Musang King– 59 kcal bersamaan dua sudu teh gula

5. Black Thorn– 56 kcal

6. Udang Merah– 52 kcal

7. D24 atau IOI– 44 kcal

8. Durian Kampung– 29 kcal bersamaan satu sudu teh gula

Jadi berapa ulas durian yang selamat dimakan?

Bagi individu dewasa yang sihat:

a. Dua hingga tiga ulas sehari sudah memadai.

b. Pilih jenis kurang manis seperti D24 atau durian kampung.

c. Elakkan makan bersama makanan berat, minuman manis atau kuih-muih.

Bagi individu yang ada masalah kesihatan seperti diabetes, darah tinggi atau masalah buah pinggang:

a. Hanya satu ulas durian sehari, bergantung kepada tahap kawalan kesihatan masing-masing.

b. Rujuk doktor atau pakar pemakanan jika tidak pasti (sebelum makan).

Artikel Lain