suria

Tolak takdir, salahkan isteri jika tak lahirkan anak ikut jantina idaman... Para suami jangan buat-buat lupa subjek sains Tingkatan 4!

Memiliki zuriat merupakan impian setiap pasangan suami isteri. -Gambar hiasan

MENYALAHKAN isteri kerana anak yang dilahirkan tidak mengikut jantina idaman bukan hal baharu dalam masyarakat.

Malah wujud segelintir suami yang menjadikan isu berkenaan sebagai 'modal' untuk berkahwin lain demi mendapatkan zuriat mengikut kehendak peribadi.

Susulan itu Dr Say atau nama sebenarnya Dr Muhammad Shazril Shaharuddin tampil membetulkan persepsi dan budaya menyalahkan wanita berhubung jantina anak.

Katanya jantina anak ditentukan oleh suami.

"Kromosom lelaki adalah XY dan kromosom wanita adalah XX.

"Dalam sperma lelaki, ada yang bawa kromosom X dan ada sperma bawa kromosom Y manakala telur wanita pula kromosom X sahaja.

"Jadi kalau sperma yang bawa kromosom Y bersenyawa dengan telur yang kromosom X... hasilnya XY, maka anak lelakilah jadinya.

Segelintir suami sering menyalahkan isteri berhubung jantina anak. -Gambar hiasan

Segelintir suami sering menyalahkan isteri berhubung jantina anak. -Gambar hiasan

"Namun kalau sperma yang bawa kromosom X bersenyawa dengan telur yang juga kromosom X, hasilnya XX... maka anak perempuanlah," jelasnya mengenai konteks persenyawaan manusia.

Katanya info berkenaan bukan perkara asing kerana topik mengenai persenyawaan dan genetik sudah diajar di sekolah menerusi subjek sains.

Mengulas lanjut mengenai isu jantina, Dr Say juga menyatakan amalan pemakanan atau si isteri perlu berada pada posisi tertentu selepas melakukan hubungan intim untuk menentukan jantina anak adalah mitos semata-mata.

"Kalau ada yang amalkan dan dapat anak sekian-sekian, itu semua kebetulan," tambahnya.

Jelas Dr Say lagi, daripada sudut sains, satu kaedah yang diyakini dapat memilih jantina anak adalah melalui bayi tabung uji atau atau prosedur persenyawaan in vitro (IVF).

Namun tegasnya,  hukum memilih jantina bayi melalui IVF secara umum adalah haram atau dilarang dalam Islam.

Artikel Lain