suria

Baru tahu rupanya kena guna bahan ini untuk cuci sayur... Selamat tinggal ulat!

Teknik cucian yang betul penting untuk menghilangkan kotoran dan bakteria.

PERNAHKAH anda berdepan pengalaman ternampak ulat atau cacing kecil ketika sedang berselera menjamah makanan di restoran?

Ada yang beranggapan kehadiran makhluk kecil tersebut sebenarnya petunjuk bahawa sayuran yang kita makan adalah segar dan tidak dicemari dengan sebarang racun perosak.

Walau apa pun juga alasannya, tidak dinafikan selera seseorang pasti akan terbantut setelah melihat haiwan berkenaan kerana khuatir tentang kebersihan makanan yang dimakan.

Bagi mengelakkan perkara sedemikian berlaku, sebenarnya ada teknik bersihkan sayuran dengan betul yang ramai tidak tahu.

Bahan utama iaitu garam digunakan dalam proses ini bertujuan antiseptik bagi membunuh serangga perosak dan menghilangkan kotoran, racun kimia dan bakteria yang ada padanya.

Sayur-sayuran yang baru dibeli perlulah dibersihkan terlebih dahulu.

Berikut adalah teknik yang betul untuk membasuh sayuran:

1. Rendamkan sayuran yang sudah dipotong dalam air. 

2. Selepas itu, masukkan satu sudu garam ke dalam rendaman dan biarkan sehingga 5 minit.

3. Jangan biarkan sayur rendam terlalu lama kerana sayuran boleh menyerap garam.

4. Selepas direndam, akan keluar segala kuman atau serangga yang hinggap pada sayur tadi.

5. Kemudian, anda boleh bilas semula dengan air dan boleh terus dimasak seperti biasa atau simpan dalam peti sejuk.

Artikel Lain