suria

5 jenis senaman bagus diamal ketika berpuasa... Nombor 3 paling mudah, ramai buat tanpa sedar

Puasa bukan alasan untuk umat Islam menjadi lemah dan kurang produktif.

TIDAK dinafikan mereka yang berpuasa akan berasa lesu dan kurang bertenaga sehingga terpaksa mengurangkan aktiviti harian.

Bagaimanapun, aktiviti senaman berintensiti rendah masih boleh dipraktikkan bagi mengekalkan kesihatan tubuh serta produktiviti sepanjang bulan Ramadan.

Menurut perunding kecergasan Kevin Zahri, individu yang berpuasa masih boleh membakar lemak meskipun senaman yang dilakukan lebih ringkas berbanding bulan-bulan biasa.

Jelasnya, perkara paling penting adalah konsistensi serta keazaman untuk memastikan diri mereka kekal aktif walaupun dalam keadaan berlapar.

“Senaman efektif boleh dibuat semasa perut kosong tanpa perlu gunakan peralatan ataupun keluar rumah. Ingat, konsistensi lebih baik daripada kesempurnaan,” katanya ringkas menerusi hantaran di TikTok.

Kevin percaya konsistensi penting agar umat Islam kekal sihat di bulan puasa.

Berikut adalah lima senaman untuk bakar lemak ketika bulan puasa:

1. Senaman intensiti rendah (LIIT)

Senaman interval berintensiti rendah (LIIT) seperi push up, squats, planks, lompat bintang adalah senaman bagus diamalkan ketika berpuasa.

2. Zumba/senamrobik

Lakukan gerakan secara minimal dan tidak terlalu keterlaluan kerana bimbang bercanggah dengan tujuan sebenar berpuasa sebagai ibadah.

3. Brisk walking

Alang-alang membeli juadah berbuka puasa, orang ramai disarankan untuk tawaf seluruh bazar Ramadan beberapa kali sehingga keluar peluh.

4. Sukan secara ringan

Aktiviti suka yang menyeronokkan seperti badminton atau pickleball boleh dilakukan bersama seisi keluarga di kawasan rumah.

5. Berlari perlahan (slow jog) sebelum waktu berbuka

Senaman inI hanya perlu dilakukan dalam tempoh 30 minit sahaja, pastikan kadar degupan jatuh berada pada bacaan 12 bpm.

 

Artikel Lain