suria

Tak pernah terfikir boleh simpan halia guna kaedah ini… Sesuai bagi yang jarang-jarang masak

Tariq Syahman menyimpan halia dengan teknik tanaman. -Foto Facebook Tariq Syahman

HALIA merupakan antara rempah yang wajib ada di dapur kerana manfaatnya pada kesihatan selain digunakan dalam pelbagai jenis masakan.

Kebiasaannya ia dijual dalam kuantiti yang besar kerana halia merupakan sejenis ubi atau rizom.

Penggunaan yang sikit menyebabkan baki halia yang tidak digunakan mudah menjadi busuk dan kering.

Jika anda tercari-cari teknik penyimpanan halia yang lebih mudah dan menjimatkan masa, cubalah kaedah dikongsikan Tariq Syahman di Facebook.

"Cara terbaik nak simpan halia agar tak mengering, mengecut atau membusuk... tanam dalam sedikit tanah, selepas itu letak berhampiran tepi tingkap dapur.

"Apabila nak pakai, potong sedikit sahaja, setakat nak guna. Selebihnya biar di dalam tanah," kongsinya.

Malah dia menyatakan bahawa teknik simpanan itu sesuai untuk mereka yang memasak dalam kuantiti sedikit.

"Ni sesuai untuk yang masak sikit-sikit macam saya. Kalau yang jenis masak guna periuk besar tu, tak dapatlah," ujarnya.

Halia yang ditanam dalam tanah seperti itu juga boleh membiak dan bercambah.

Artikel Lain