suria

Wanita kongsi cara mudah simpan tauhu, tauge! Barulah kekal putih dan tidak hitam

Masakan berasaskan tauhu dan tauge amat mudah disediakan serta menjimatkan masa. -Gambar hiasan

SESETENGAH bahan mentah yang mudah dimasak mempunyai daya tahan yang rendah serta cepat rosak.

Ekoran itu, menu berkaitannya hanya dimasak mengikut masa-masa tertentu atau apabila berkelapangan untuk membelinya sahaja.

Menerusi hantaran di laman TikTok, seorang pelayar berkongsi cara untuk menyimpan bahan mudah rosak seperti tauhu dan tauge supaya dapat digunakan pada bila-bila masa.

Tauhu

Diperbuat daripada kacang soya dan disaring halus membuatkan tauhu mudah rosak jika tidak disimpan dengan baik.

Selain berbau busuk dan dihinggap kulat hitam, tauhu yang sudah rosak juga akan berlendir.

Meskipun anda membasuh dan membuang lendir, tauhu yang dimasak akan berasa masam.

Oleh itu, cubalah teknik penyimpanan ini supaya tauhu dapat disimpan lebih lama di dalam peti sejuk.

Tauhu akan kekal segar dan putih dengan menggunakan teknik ini.

Tauhu akan kekal segar dan putih dengan menggunakan teknik ini.

Cara simpanan:

1. Basuh tauhu sehingga bersih dan tidak melekit.

2. Kemudian masukkan ke dalam bekas kosong.

3. Isi air sehingga menutupi tauhu dan tutup kemas.

4. Simpan di dalam peti sejuk.

Tauge

Tauge antara sayuran yang mudah dimasak dan dapat disediakan dalam tempoh masa yang singkat.

Bagaimanapun, apabila terdedah lama, ia akan menjadi hitam dan lembik.

Ini kaedah terbaik untuk menyimpan tauge supaya kekal lama.

Asam keping membantu mengekalkan kesegaran pada tauge.

Menambah asam keping di dalam air rendaman membantu mengekalkan kesegaran pada tauge.

Cara simpanan:

1. Basuh tauge sehingga bersih dan buang kulit kacang berwarna hitam.

2. Masukkan ke dalam bekas berisi air bersih.

3. Pastikan air melebihi tauge.

4. Kemudian masukkan asam keping dan simpan di dalam peti sejuk.

Tip tambahan: Air perlu ditukar selang dua atau tiga hari bagi mengekalkan kesegarannya.

Artikel Lain