SETIAP kali mengopek buah durian, kulitnya pasti akan dibuang begitu sahaja.
Namun, ramai tidak menyedari bahawa kulit durian sebenarnya mempunyai manfaat yang besar untuk tanaman.
Menerusi satu hantaran di Facebook, lelaki dikenali sebagai Hafiz Husin II berkongsi manfaat kulit durian yang digunakan sebagai bahan utama untuk menghasilkan baja organik cair atau lebih dikenali sebagai 'jakaba'.
ARTIKEL BERKAITAN: Disangka sampah, wanita tak sengaja bakar wang kertas RM50! - “Entah bank nak terima atau tak?”
"Lepas ni kalau beli mahal-mahal buah durian tu, jangan dibuang kulitnya. Sebenarnya kita boleh manfaatkan hingga ke kulitnya untuk dijadikan baja cecair jakaba pada tanaman.
"Paling mudah hasilkan baja secara DIY dengan hanya menggunakan dua bahan sahaja iaitu kulit durian dan air.
"Baja cecair organik jakaba dah terbukti berkesan menyuburkan tanaman disebabkan kandungan zat perangsang tumbuhan (ZPT) yang tinggi di dalamnya," tulisnya.
Kulit durian perlu direndam selama empat minggu.
Berikut adalah cara-cara menghasilkan baja organik kulit durian:
1. Rendam pangsa kulit durian bersama 30-40 liter air paip dalam bekas besar atau tong.
2. Masukkan bata sebagai pemberat atau pastikan kulit durian tenggelam.
3. Tutup tong tapi jangan terlalu rapat.
3. Biarkan selama empat minggu.
4. Selepas empat minggu baja cecair sedia digunakan.
Cara penggunaan:
- Untuk siraman, campurkan 40ml pati baja cecair bersama satu liter air, manakala untuk semburan pula campurkan 20ml pati baja cecair bersama satu liter air.