suria

Bukan lagi pilihan tapi keperluan… Kos rawatan kini ‘bukan biasa-biasa’, ini masanya anda wajib ada perlindungan menyeluruh

PruBSN Asas360 merupakan pelan takaful sesuai buat pasangan yang merancang untuk membina keluarga.

PEPATAH ada mengatakan, malang tidak berbau!

Dalam dunia serba mencabar hari ini, keluarga memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan setiap individu. 

Namun, hidup ini penuh dengan ketidakpastian. Kemalangan, penyakit, bencana alam atau kehilangan orang tersayang boleh berlaku tanpa diduga. 

Justeru, perlindungan kewangan yang kukuh kini menjadi satu keperluan, bukan lagi pilihan. 

Bagi yang sudah berkeluarga serta mereka yang merancang untuk membina famili, pastinya mahu memberikan yang terbaik bagi melindungi insan tersayang

Ini termasuklah dengan memastikan adanya perlindungan kewangan yang komprehensif demi menjamin masa depan yang stabil dan sejahtera. 

Bagi anda yang sedang mencari-cari pelan perlindungan takaful untuk seisi keluarga, PruBSN Asas360 adalah penyelesaiannya! 

Ini yang anda perlu tahu tentang PruBSN Asas360 

Ditawarkan oleh Prudential BSN Takaful, PruBSN Asas360 adalah pelan takaful berkaitan pelaburan dengan sumbangan berkala yang fleksibel dan menawarkan pelbagai pilihan jenis perlindungan. 

PruBSN Asas360 menawarkan perlindungan menyeluruh di samping menawarkan pelbagai kelebihan.

Ia menyediakan rangkaian perlindungan takaful yang menyeluruh melalui pelan asas dan 20 rider pilihan, yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan unik pelanggan. 

Menariknya, perlindungan yang ditawarkan di bawah PruBSN Asas360 merangkumi tujuh elemen penting iaitu: 

1. Kematian dan hilang upaya. 

2. Perlindungan pranatal dan bayi. 

3. Perubatan dan hospitalisasi. 

4. Penyakit kritikal. 

5. Kemalangan. 

6. Penggantian pendapatan. 

7. Simpanan atau pelaburan. 

Baby TotalCare melindungi si manja anda daripada pelbagai penyakit berkaitan kanak-kanak.

Dengan memilih PruBSN Asas360, anda serta keluarga bakal menikmati banyak kelebihan untuk pelbagai lapisan umur dan generasi. 

Adakah anda sedang menanti-nanti kelahiran bayi anda? Anda boleh dapatkan perlindungan Baby TotalCare – rider yang melindungi bayi anda dari dalam kandungan seawal 13 minggu kehamilan untuk pelbagai keadaan kongenital, gangguan perkembangan kanak-kanak dan banyak lagi.

Vital Care Plus pula merupakan rider yang menyediakan perlindungan untuk penyakit khusus bagi kanak-kanak sehingga mereka mencapai umur 25 tahun. 

Perlindungan boleh dinaik taraf pada umur 25 tahun kepada Crisis Protector yang menyediakan perlindungan relevan untuk orang dewasa dengan 43 penyakit kritikal.

Dengan rider Health360 yang membayar balik perbelanjaan perubatan untuk kemasukan ke hospital dan rawatan pesakit luar, anda boleh memilih sumbangan yang lebih rendah dengan pelbagai pilihan bayaran bersama (co-payment) mengikut keselesaan anda.

Secara tidak langsung, memberikan perlindungan pendapatan dan ketenangan fikiran untuk anda memberi tumpuan kepada pemulihan, serta memberikan sokongan yang diperlukan oleh anda dan keluarga pada saat-saat yang memerlukan.

Pelan perubatan komprehensif Tanpa Had Tahunan dan Tanpa Had Seumur Hidup dengan pilihan fleksibel mengikut keperluan dan bajet anda.

Kelebihan PruBSN Asas360 yang paling bermakna sudah tentu pada perlindungannya yang boleh berterusan sehingga umur 100 tahun melalui ciri pelanjutan automatik untuk memastikan perlindungan sepanjang hayat. 

Anda tidak perlu bimbang tentang perlindungan yang tamat pada usia tertentu seperti kebanyakan pelan lain. 

Bukan sekadar itu, PruBSN Asas360 merupakan penyelesaian komprehensif untuk memaksimumkan pelaburan dengan potensi pulangan dalam hanya satu pelan bersepadu. 

Ganjaran bonus tunai antara kelebihan yang dinikmati dalam PruBSN Asas360.

Dengan PruBSN Asas360, anda juga berpeluang menikmati ganjaran bonus tunai setiap 10 tahun sehingga umur tamat tempoh yang dipilih.

Kesimpulannya, mengambil perlindungan takaful bukan sahaja merupakan langkah bijak dari segi perancangan kewangan, malah satu bentuk tanggungjawab terhadap insan tersayang terutamanya keluarga.

Dalam dunia yang sentiasa berubah dengan pantas hari ini, memiliki pelan perlindungan PruBSN Asas360 dapat memberi ketenangan fikiran, kestabilan kewangan dan sokongan jangka panjang apabila berdepan musibah atau keadaan tidak dijangka.

Oleh itu, bertindaklah dengan membuat keputusan bijak untuk perlindungan kewangan yang komprehensif untuk diri dan keluarga, demi menjamin masa depan yang stabil dan sejahtera. 

Mulakan langkah pertama dengan menilai keperluan keluarga anda dan memilih pelan takaful yang bukan sahaja memberi perlindungan menyeluruh tetapi menawarkan pelbagai kelebihan dan manfaat, seperti PruBSN Asas360. 

Kempen Health360 Cashback

Dari 10 Mei hingga 31 Mei 2025, pelanggan yang menyertai pelan PruBSN Asas360 dan memenuhi syarat tertentu berpeluang menerima ganjaran tunai eksklusif.

- Permohonan hendaklah diluluskan sebelum 15 Jun 2025

- Tiada sumbangan tertunggak

- Pembayaran dibuat secara berulang melalui Kad Kredit/Debit atau Debit Terus.

Kekalkan kaedah pembayaran tersebut hingga 31 Disember 2025 untuk layak menikmati ganjaran ni. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Prudential BSN Takaful.

Artikel Lain