suria

'Abang sado' popular setiap kali Hari Kebangsaan, ada juga kurang senang mereka berlebih diberi perhatian

Anggota tentera dan bomba berbadan tegap sentiasa mencuri perhatian ramai ketika perarakan Hari Kebangsaan. -Gambar TikTok

BUKAN hanya persembahan pancaragam atau kereta perisai yang mencuri perhatian semasa perarakan Hari Kebangsaan, kehadiran 'abang-abang sado' dalam unit uniform turut menjadi perhatian orang ramai.

Setiap kali anggota tentera, polis atau bomba muncul dalam acara perbarisan atau pertunjukan tertentu, mereka yang berbadan tegap sering mendapat sorakan dan kemudian menjadi tumpuan lensa hingga tular di media sosial.

Fenomena ini bukan baharu, sebaliknya pernah tular tahun-tahun sebelum ini apabila 'abang bomba sado' dengan lengan berotot menjadi bualan warganet.

Tarikan terhadap tubuh berotot bukan sekadar soal fizikal semata-mata, sebaliknya tubuh tegap melambangkan kekuatan, kegagahan, disiplin dan kesihatan, sekali gus membuatkan mereka lebih menyerlah di mata umum.

Anggota bomba berbadan tegap cukup popular ketika sambutan Hari Kebangsaan. -Gambar TikTokAnggota bomba berbadan tegap cukup popular ketika sambutan Hari Kebangsaan. -Gambar TikTok

Bagi masyarakat tempatan, ia turut dikaitkan dengan imej wira negara sebagai simbol keberanian dan kesediaan mempertahankan tanah air.

Fenomena 'abang sado' adalah gabungan antara tarikan fizikal, simbol patriotik dan budaya media sosial, yang menjadikan mereka pencuri perhatian setiap kali sambutan Hari Kebangsaan diraikan.

Faktor lelaki 'sado' jadi tumpuan

1. Simbol kekuatan dan kejantanan

- Badan tegap biasanya dikaitkan dengan kekuatan fizikal, disiplin dan ketahanan fizikal. 

2. Imej hero

- Ramai yang kaitkan tubuh sado dengan wira negara seperti polis, tentera, bomba - beri aura gagah serta melindungi rakyat.

3. Impak visual

- Dari segi penampilan, tubuh tegap dan berotot dalam uniform kelihatan lebih kemas dan menarik perhatian kamera serta penonton.

4. Faktor media sosial

- Foto atau video mereka cepat tular di media sosial, jadi lebih ramai yang fokus kepada mereka sebagai tumpuan perarakan.

5. Psikologi tarikan

- Ramai menganggap fizikal tegap sebagai tanda sihat, berkeyakinan dan berdisiplin.

Namun, ada sebahagian penonton dan rakyat Malaysia  tidak menggemari tindakan tersebut kerana dilihat menenggelamkan semangat patriotik

Berikut sebab sebahagian penonton kurang gemar kehadiran 'abang sado'.

1. Fokus berlebihan pada rupa fizikal

 – Menenggelamkan semangat patriotik dan nilai sebenar perarakan.

2. Alih perhatian daripada peserta lain

- Hanya mereka jadi tumpuan, sedangkan banyak elemen lain juga penting.

3. Objektifikasi tubuh lelaki

- Dilihat menjadikan fizikal sebagai bahan tontonan dan hiburan.

4. Tidak mewakili majoriti

- Tidak semua anggota keselamatan berbadan tegap, jadi ia beri gambaran tidak seimbang.

5. Risiko jadi bahan gurauan

- Populariti boleh bawa kepada meme atau sindiran, mencalar imej profesional.

Artikel Lain