KESIBUKAN tugas di pejabat ditambah pula dengan komitmen keluarga serta gaya hidup, membuatkan ramai individu atau keluarga hari ini memilih untuk menggunakan khidmat tukang cuci atau perkhidmatan pembersihan profesional.
Solusi ini dianggap lebih mudah, cepat dan efisien terutama bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk menguruskan kerja-kerja rumah secara menyeluruh.
Namun begitu, sebelum mengupah tukang cuci, ada beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan agar pengalaman yang diperoleh bukan sahaja memuaskan, malah selamat dan bebas daripada sebarang masalah yang tidak diingini.
Berikut adalah lapan perkara yang boleh dijadikan panduan untuk anda:
1. Jangan upah tanpa objektif jelas. Buat 'checklist' lebih awal contohnya kemas atas almari, bersihkan 'sliding door track', lap kipas siling. Bila ada senarai, lebih mudah beri arahan kepada 'cleaner'.
2. Jangan pilih waktu yang 'clash' dengan rutin rumah seperti waktu anak sedang tidur, bekerja dari rumah (WFH) atau mesyuarat dalam talian atau waktu rumah penuh orang. Akhirnya kerja mencuci terganggu dan tuan rumah pun stres.
Tuan rumah perlu menyediakan 'checklist' untuk pekerja pembersihan bagi memudahkan urusan kedua-dua pihak. -Gambar hiasan
3. Jangan lupa bincang tentang peralatan. Contohnya, peratalan sendiri atau milik tuan rumah, serta jenis-jenis bahan pembersihan yang digunakan.
4. Jangan biar kawasan privasi disentuh, contohnya meja kerja, 'make-up station' atau lain-lain.
5. Jangan harapkan definisi 'kemas' anda dan 'cleaner' sama. Jika ada arahan tertentu, berikan kepada 'cleaner' dengan jelas.
6. Jangan biar masa terbuang untuk kerja mudah. Contoh lap meja makan, kemas sofa, yang boleh dilakukan sendiri oleh tuan rumah. Guna masa mereka untuk kerja yang susah atau berat seperti lap 'chandelier', kemas habuk atas almari, cuci grill tingkap.
7. Jangan suruh mereka buat 'declutter' (asing barang). 'Declutter' lazimnya memerlukan masa yang sangat lama. Akhirnya masa berjalan dan kerja lain tak siap. Sebaiknya upah cleaner khas jika mahu 'declutter' sahaja.
8. Jangan skip buat 'final check'. Luangkan 5 minit untuk pusing rumah dengan 'cleaner' sebelum mereka balik.


