suria

Ini petua mesra poket hindari ulat sampah membiak dalam sisa buangan... Lega sangat, bau busuk pun hilang!

Penggunaan soda penaik dan garam dapat menyingkirkan kehadiran ulat sampah.

MASIH ramai dalam kalangan kita yang mengambil mudah soal pengurusan sampah dan sisa buangan dari rumah.

Tindakan membuang sisa makanan ke dalam tong tanpa memasukkannya ke dalam beg plastik atau amalan membiarkan sampah berulat (maggots) sebelum dibuang adalah situasi biasa dalam kalangan masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN: Cuma guna kulit limau, wanita dapat manfaat 2 dalam 1... Tanah subur, kucing tak jadikan ‘port’ berak

Mungkin ada yang berpendapat sampah atau sisa buangan di bawah tanggungjawab pekerja pembersihan sepenuhnya.

Namun hakikatnya, pengurusan sampah yang baik bermula dari rumah.

Domestic helper Nalwiyah Karman, 42, finds separating the waste uncomplicated.

Pengurusan sampah dan sisa buangan dengan betul dapat mengelakkan kehadiran ulat sampah dan bau busuk. -Gambar hiasan

Langkah bertanggungjawab dalam menguruskan sampah bukan sahaja memudahkan tugas pekerja pembersihan, tetapi juga membantu menjaga kebersihan persekitaran.

Berikut mStar kongsikan cara yang 'ampuh' untuk menghapuskan ulat sampah tanpa memerlukan kos yang besar:

1. Cuci tong sampah terlebih dahulu dan keringkan.

2. Tabur garam dan baking soda (serbuk soda penaik) pada bahagian bawah tong sampah. 

Garam berperanan untuk menyerap lembapan, membunuh bakteria dan menghalau lalat sebelum sempat ia bertelur, manakala soda penaik berfungsi sebagai penyerap bau yang tidak menyenangkan. 

Selain itu, antara bahan yang boleh digunakan untuk menyerap bau sampah adalah pelapik telur. 

Jika semua pihak mengambil berat dan mengamalkan cara pengurusan sampah yang betul, secara tidak langsung masalah pencemaran dan penyakit yang berpunca daripada sampah dapat dikurangkan.

Artikel Lain