suria

Bukan hanya estetik, lampu hiasan ‘outdoor’ beri banyak kelebihan... Rakaman CCTV lebih jelas dengan pencahayaan baik

Pencahayaan daripada lampu 'outdoor' membuatkn kediaman tampak estetik dan mewah. -Gambar hiasan

SETIAP pemilik pasti mempunyai idea atau cara tersendiri untuk menaikkan 'seri' kediaman masing-masing.

Ada yang suka menanam tumbuh-tumbuhan, menambah binaan di halaman dan sebagainya, asalkan sedap mata memandang.

Namun bagi seorang pemilik kediaman, @ruangteduh.house, dia lebih gemar menghias halaman rumahnya dengan lampu hiasan.

Bukan sekadar untuk memberi sentuhan eksklusif, penggunaan lampu yang banyak mampu mengubah suasana kediaman menjadi lebih 'hidup' dan menenangkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai selalu buat silap, rupanya tak elok cas bateri sampai 100 peratus penuh... Ikut 4 perkara ini jika sayang telefon  

"Sebenarnya, satu floodlight besar tak cukup. Rumah nampak terang, tapi hakikatnya banyak benda kita tak nampak," ujarnya.

Lampu 'outdoor' dipasang di sudut landskap. 

Individu tersebut turut berkongsi tujuh kelebihan memasang lampu hiasan outdoor dalam jumlah yang banyak: 

1. Elak shadow spot

- Satu lampu terang tetap hasilkan bayang besar dekat dinding, pokok dan kereta. Spot gelap inilah tempat serangga, tikus serta ular ular suka menyorok.

2. Kurangkan silau

- Floodlight besar buat mata sakit dan nampak tak selesa. Banyak lampu kecil-kecil (distributed lighting) lebih natural dan tak silau.

3. Jaga mood dan estetik

- Pencahayaan sekata walaupun watt rendah, membuatkan kediaman tampak mewah dan mahal macam resort.

4. Fungsi ikut zon

- Disarankan memilih lampu berbeza untuk lokasi yang berbeza iaitu porch, garden, laluan sisi rumah. Penggunaan satu jenis lampu tidak praktikal.

5. Jaga dinding dan lantai

- Kawasan gelap cepat lembap, jadi lumut cepat naik. Pencahayaan membantu mengeringkan spot gelap, secara tidak langsung berfungsi sebagai preventive maintenance.

6. CCTV lebih jelas

- Floodlight besar buatkan CCTV silau dan dilatari bayang-bayang. Sebaliknya penggunaan banyak lampu kecil, objek akan nampak lebih jelas.

7. Rasa selamat 

- Bayangkan apabila pulang ke rumah waktu malam, tengok kediaman diterangi lampu bergemerlapan, mental terasa tenang dan kurang anxiety.

 

Artikel Lain