BERKAHWIN dengan jin atau makhluk ghaib bukanlah perkara baharu dalam masyarakat dan 'amalan' itu masih berlaku sehingga kini.
Kebiasaannya, mereka yang 'terlibat' akan berusaha sedaya upaya untuk menjauhkan diri kerana gangguan yang dialami mengganggu kehidupan harian termasuk sukar bertemu jodoh.
Namun situasi berbeza dilalui seorang pelajar wanita dari sebuah universiti awam di ibu kota.
Kisahnya itu diceritakan semula oleh Shaikh Dr Jahid Sidek Al-Khalidi menerusi TikTok Manarah Studio.
Ia berikutan pelajar terbabit cuba mendapatkan rawatan selepas tiba-tiba jatuh sakit.
Menurut beliau, wanita terbabit telah 'dikahwinkan' dengan seekor hantu raya sejak kecil selepas diminta oleh bapanya sendiri.
Hubungan yang terjalin seperti pasangan suami isteri. -Gambar hiasan
"Pelajar ni ceritakan yang dia dibawa bertemu pawang dikenali sebagai si botak pada usia enam atau tujuh tahun.
"Ayahnya telah minta si botak untuk masukkan hantu raya ke dalam badannya.
"Dia akhirnya dapat belajar, kebijaksanaannya tidak kelihatan kerana di dalam kelas dia bodoh, tetapi apabila periksa dia dapat markah yang tinggi," katanya berkongsi cerita.
Kebijaksanaan pelajar berkenaan berterusan sehinggalah dia berjaya menempatkan diri di universiti awam.
Namun situasi dirinya tetap sama sehingga menimbulkan kehairanan dalam kalangan rakan sekelas.
"Kawan-kawan tahu yang dia bodoh tetapi apabila peperiksaan, dialah yang dapat markah tertinggi," tambahnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Mula-mula mimpi pelik, kemudian rasa disetubuhi setiap malam! Wanita pasrah, letih ‘layan’ jin jatuh cinta dengan dirinya
ARTIKEL BERKAITAN: Jin terpikat dengan pelajar! Pertama kali ‘jumpa’ ketika pulang dari kelas malam, kemudian sering hadir dalam mimpi
Dr Jahid turut mendedahkan bahawa wanita terbabit berjaya mendapat keputusan baik dalam peperiksaan kerana 'meniru'.
"Budak ni cakap, semasa melihat soalan peperiksaan, dia menoleh ke kanan dan terus mendapat jawapan.
"Jadi saya salin jawapan, itulah sebab dia mendapat markah tinggi dalam peperiksaan," kongsinya lagi.
Lebih mengejutkan apabila, pelajar terbabit mengakui yang dia menjalani kehidupan seperti pasangan suami isteri dengan jin yang menemaninya sejak kecil.
Bukan itu sahaja, dia juga menyatakan telah mempunyai ramai anak dengan 'pasangannya' kerana telah berkahwin lebih berbelas tahun.
Malah wanita ini seolah-olah seorang yang kasyaf kerana mengetahui perkara yang akan berlaku.
"Dia tahu apa yang akan berlaku, cumanya dia tidak menceritakan kepada orang lain," jelasnya lagi.
Wanita cenderung diganggu perkara misteri. -Gambar hiasan
Menurut Dr Jahid, semasa rawatan membantu mengeluarkan jin, dia memotong rambut wanita itu.
"Semasa dia sakit, saya rawat keluarkan hantu raya itu dengan cara memotong rambutnya.
"Rambut pelajar ni panjang sampai ke buku lali, jadi hantu raya tu hilang kerana selama ini ia bergayut dekat rambut," katanya lagi.
Rawatan yang dilakukan itu menyebabkan pelajar wanita itu tidak lagi diganggu jin.
Ekoran itu, keluarganya datang dalam keadaan marah kerana pelbagai urusan tidak dapat dilakukan selepas jin berkenaan 'dibuang'.
"Keluarga dia memang tahu yang hantu raya tu membantu urusan pelajar dan kerja-kerja mereka," tambahnya.
Dalam pada itu, Dr Jahid turut menyatakan, memang terdapat banyak kisah berkaitan perkahwinan jin dengan manusia.
Malah katanya, ada yang berkahwin secara sah mahupun penzinaan.
"Saya juga dapat maklumat bahawa orang yang kita istilahkan sebagai albino, itu memang sah, bapanya adalah daripada jin," jelasnya lagi.