INDIVIDU yang berani untuk menggayakan baju tanpa lengan biasanya memiliki ketiak yang putih dan bersih.
Kebanyakan individu lain pula akan mengelakkan pakaian jenis itu kerana malu dengan ketiak yang berkerak dan hitam.
Bagi penggemar muzik K-Pop, anda pasti sering melihat ramai artis Korea Selatan memiliki kulit ketiak mulus dan putih.
Sebelum ini, penyanyi rap kumpulan Seventeen iaitu Mingyu pernah tular dan dipuji kerana ketiaknya yang bersih.
Untuk mendapatkan ketiak idaman, anda boleh cuba empat teknik yang kami kongsikan ini:
1. Rawatan laser
Rawatan ini menggunakan cahaya laser untuk memusnahkan akar bulu. Ia menyebabkan bulu lambat tumbuh semula atau tidak tumbuh langsung.
Kaedah ini juga boleh mengelakkan ketiak mejadi gelap akibat kerap bercukur atau mencabut bulu.
Mingyu dipuji kerana ketiaknya yang bersih.
2. Whitening/brightening
Terdapat banyak krim dan serum untuk memutihkan ketiak dijual di pasaran.
Produk ini boleh membantu mencerahkan ketiak yang gelap akibat sisa deodoran, hormon atau pencukuran.
3. Moisturizing/exfoliating
Ramai tidak sedar betapa pentingnya menjaga kelembapan dan menanggalkan sel kulit mati untuk mengelakkan ketiak menjadi kasar serta kusam.
Skrub boleh membersihkan pori tersumbat, manakala pelembap membantu melembutkan dan menenangkan kulit ketiak.
Gabungan teknik ini akan menjadikan ketiak anda lebih sihat, bersih dan cerah secara semula jadi.
4. Botox
Suntikan botox bukan untuk wajah semata-mata, sebaliknya ia juga digunakan untuk mengurangkan peluh berlebihan (hyperhidrosis) di ketiak.
Suntikan ini menyekat isyarat saraf yang menyebabkan peluh, menjadikan ketiak lebih kering dan kurang bau.
Apabila peluh berkurangan, ketiak menjadi lebih kering dan tidak lembap, sekali gus mengurangkan geseran serta iritasi yang menjadi punca kulit bawah lengan gelap.