suria

Nak cantik tapi kedekut! Wanita kena tahu bila waktunya untuk buang berus, span mekap

Alat mekap juga boleh menjadi punca kepada masalah kulit wajah. -Gambar hiasan

BERUS dan span mekap merupakan antara item wajib yang perlu ada dalam simpanan wanita.

Namun, peralatan ini juga boleh menjadi ‘musuh’ kulit jika kita mengabaikan penjagaannya.

Tanpa rutin cuci dan ganti yang betul, alat mekap boleh mengumpul bakteria yang akhirnya menjadi punca masalah kulit wajah.

1. Berus

Berus solek ini biasanya boleh bertahan lama jika dijaga dengan baik.

Namun anda disarankan untuk menukar berus baharu setiap satu hingga tiga tahun, bergantung kepada kualiti produk dan cara penjagaannya.

Bersihkan berus sekurang-kurangnya seminggu sekali menggunakan pencuci berus khas atau syampu bayi untuk elak bakteria berkumpul.

Jika berus mula gugur bulu atau bentuknya dah berubah, itu tanda anda kena gantikan dengan yang baharu.

2. Span

Span biasanya memang cepat kotor kerana ia menyerap produk mekap dan minyak dari kulit.

Anda disarankan agar menukar span baharu setiap satu hingga tiga bulan, terutamanya jika ia digunakan setiap hari.

Span juga perlu dicuci selepas digunakan supaya bakteria tidak membiak. Gunakan sabun pencuci span dan bilas hingga bersih.

Penggunaan berus dan span yang kotor membawa pelbagai risiko, antaranya:

- Jerawat mudah tumbuh

- Kulit jadi sensitif dan merah-merah

- Jangkitan kulit yang serius

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia