suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

13 Penduduk Kampung Maut Dibunuh Boko Haram

MAIDUGURI, Nigeria: Seramai 13 orang penduduk sebuah kampung di Malari di sini terkorban selepas kumpulan militan Boko Haram melancarkan serangan pada Ahad.

Seorang pekebun, Moha Saleh berkata, dalam serangan pada pukul 1 pagi itu seramai 27 orang termasuk wanita dan kanak-kanak turut cedera.

"Mereka (militan) turut membakar banyak rumah kerana menuduh kami memberitahu tentera tentang kedudukan mereka.

"Keadaan itu menyebabkan ramai penduduk khususnya wanita dan kanak-kanak terpaksa melarikan diri ke Maiduguri sebelum pulang semula selepas keadaan terkawal," katanya.

Ketika pembersihan dilakukan penduduk telah menemui 13 mayat yang menjadi mangsa pembunuhan  kumpulan militan berkenaan.

Kawasan tersebut juga dilaporkan menjadi sasaran Bokok Haram sejak akhir-akhir ini untuk melakukan serangan.

Boko Haram

Artikel Lain