suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tentera Nigeria Selamatkan 178 Tawanan Boko Haram

Gambar fail yang menunjukkan sekumpulan wanita dan kanak-kanak yang menjadi tawanan Boko Haram diselamatkan oleh tentera Nigeria. Pasukan keselamatan itu menyelamatkan 178 orang yang menjadi tawanan kumpulan militan itu di timur laut Nigeria. Foto AP

ABUJA: Tentera Nigeria pada Ahad menyelamatkan 178 orang yang menjadi tawanan kumpulan militan Boko Haram di negeri Borno, kawasan yang dilanda pemberontakan di negara itu.

Jurucakap, Kolonel Tukur Gusau menerusi kenyataannya berkata, seramai 101 orang yang diselamatkan adalah kanak-kanak, 67 wanita manakala bakinya lelaki.

Beliau menambah, komander Boko Haram turut ditahan dan beberapa kem militan di sekitar bandar Bama dihapuskan.

Boko Haram telah melancarkan pemberontakan di timur laut negara itu sejak enam tahun lalu. - REUTERS


Boko Haram

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain