suria

Nelayan buat laporan, YouTuber ditahan selepas ceroboh pulau larangan

Mykhailo Viktorovych Polyakov berdepan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan itu.

TINDAKAN seorang YouTuber yang berkunjung ke sebuah pulau larangan membawa pada apabila dia ditahan oleh polis.

Mykhailo Viktorovych Polyakov, 24, ditahan selepas dia menceroboh wilayah larangan di Pulau North Sentinel, India.

Mahkamah tempatan minggu lalu memerintahkan YouTuber dari Amerika Syarikat itu ditahan reman selama 14 hari.

Dia dijadualkan hadir semula ke mahkamah pada 17 April.

Pertuduhan terhadapnya boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun serta denda.

Polis berkata Polyakov berada di pulau itu sambil meniup wisel untuk menarik perhatian.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri meninggal dunia semasa bersalin di rumah, YouTuber ditahan bantu siasatan

Dia kemudiannya meninggalkan tin minuman Coke dan sebiji kelapa, merakam video menggunakan kamera dan mengambil beberapa sampel pasir sebelum kembali ke bot.

Tindakan YouTuber itu disaksikan oleh nelayan tempatan sebelum mereka membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Polyakov ditahan di Port Blair, ibu kota Kepulauan Andaman dan Nicobar, kira-kira 1,207 kilometer (km) di sebelah timur tanah besar India.

Untuk rekod, pulau itu menjadi penempatan suku kaum Sentinelese sejak ribuan tahun.

Pelawat dilarang berada dalam lingkungan 5km dari pulau itu kerana penduduknya sudah terasing daripada dunia luar dan berisiko menyebarkan penyakit berjangkit.

Penduduk pulau itu menggunakan lembing serta busur dan anak panah untuk memburu haiwan serta orang asing yang berkeliaran di kawasan mereka. - Agensi.

 

Artikel Lain

Nas Ahmad meninggal dunia