suria

Doktor pelatih didakwa rogol anak pesakit di hospital, kondom berisi air mani dirampas

Seorang doktor bertugas memberi rawatan kepada pesakit. -Gambar hiasan

SEORANG doktor pelatih berusia 31 tahun ditahan kerana didakwa merogol anak perempuanpesakitnya.

Suspek memberikan ubat pelali kepada mangsa sehingga tidak sedarkan diri sebelum bertindak merogolnya.

Susulan penahanan suspek, polis merampas sejumlah barang seperti ubat pelali dan kondom berisi air mani sebagai bahan bukti.

Kejadian berlaku di sebuah hospital di Bandung, Indonesia pada pertengah Mac lalu.

"Ya (ada rampasan ubat pelali dan kondom berisi air mani)," kata Pengarah Siasatan Jenayah PolisJawa Barat, Senior Komisioner Surawanketika dihubungi pada Rabu.

Ketika kejadian, doktor pelatih itu sedang bertugas pada waktu malam.

Suspek dikatakan mengambil kesempatan terhadap keadaan bapa mangsa yang ketika itu dalam keadaan kritikal.

Mangsa kemudian diminta melakukan pemeriksaan darahnya sebelum menjalani pemindahan darah untuk pembedahan bapanya.

Suspek merupakan doktor pelatih yang sedang menjalani latihan di jabatan anestesiologi.

Dia kini berdepan dengan pertuduhan yang membawa hukuman penjara 12 tahun jika disabit kesalahan. -Agensi

Artikel Lain

Nas Ahmad meninggal dunia