SETIAP orang mempunyai tabiat pelik yang mungkin tidak diketahui sesiapa.
Ada yang suka menggigit straw, ada pula yang gemar menghidu bau minyak petrol.
Namun, seorang bintang realiti televisyen mendedahkan dia disenarai hitam dari sebuah kedai di United Kingdom (UK) selepas dia kantoi menghidu seluar dalam.
Menurut Monika Lara Smith, dia tidak lagi dibenarkan memasuki premis TK Maxx yang merupakan peruncit pakaian dan barangan rumah.
"Ketika saya menghidu seluar dalam sambil merakam video, dua pengawal kesemalatan menghampiri.
"Mereka jelaskan saya tak boleh rakam video dan tidak dibenarkan berada di dalam premis itu. Saya disuruh beredar," dakwa Monika.
Dakwa Monika lagi, dia turut dibawa ke pejabat untuk diberikan surat rasmi.
"Pekerjanya baik, mereka jelaskan mereka hanya buat kerja sebab ada orang buat aduan.
"Mereka kata perintah larangan (masuk premis) itu kekal dan terpakai untuk premis mereka di seluruh UK," dakwanya lagi.
Menerusi video terbaharu, Monika meluahkan rasa sayangnya terhadap pasar raya tersebut dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya.
"Saya suka kedai ini. TK Maxx kalau anda tonton video ini, tolong jangan senarai hitamkan saya.
"Saya janji akan jadi wanita yang baik," ujarnya yang pernah tular kerana kandungan video tidak sopan. - Daily Star.